Tuesday, September 15, 2015

Biodata Tun Dr. Mahathir Mohamad 


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais , Seberang Perak , Alor Setar , Kedah tanggal 10 Julai 1925 . Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi .

Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20 Disember 1925  oleh bapanya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan .

Biodata Tun Dr Mahathir Mohamad


Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak , Alor Setar , Kedah . Selepas lulus , beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School ( GES ) yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932 . Sewaktu semua sekolah ditutup di era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu , beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng .

Setelah tamat Perang Dunia Ke-2 , beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia . Seterusnya Tun Dr. Mahathir menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII , Universiti Malaya , Singapura , dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan ( MBBS ) pada 1953 . Selepas mendapat segulung ijazah , beliau berkhidmat sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang , Malaysia 


Pada tahun 1954 , Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar , Jitra , Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957 . Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata , iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak angkat .

Anak-anak beliau adalah Marina Mahathir , Mirzan Mahathir , Melinda Mahathir , Mokhzani Mahathir , Mukhriz Mahathir , Maizura dan Mazhar . Pada tahun 1957 , beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri , MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim .



Ketika itu , beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja . Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587 , Jalan Sultan Badlishah , 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang .

Pada pertengahan 1981 , Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya . Pada 10 Julai , 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan . Pada 31 Oktober , 2003 , Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya , Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya .

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar , Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009 , Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan . Dr Mahathir kembali menyertai UMNO . Nombor ahli 0000001 dikekalkan .




Tarikh Lahir : 10 Julai 1925
Tempat Lahir : Alor Star , Kedah Darul Aman
Isteri : Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali
Nama Anak : Marina , Mirzan , Melinda , Mokhzani , Mukhriz , Maizura , Mazhar
Pekerjaan : Doktor
Jawatan : Perdana Menteri Malaysia ke-4
Tempoh Jawatan : 16 Julai 1981 - 31 Oktober 2003
Parti Politik : UMNO

No comments:

Post a Comment